Pages

facebook

sign up

Your Name
Your Email Address
    

Friday 22 April 2011

FONETIK ARTIKULASI

FONETIK ARTIKULASI

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan Ilmu Fonetik dan Fonetik Artikulasi

Fonetik berasal dari perkataan Inggeris phonetics ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa yang dihasilkan. Pengkajian ini bertumpu pada panjang pendek keras lembut, tekanan, intonasi dan irama bagi bunyi bagi satu-satu bahasa Ilmu Fonetik ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Jika diikut urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama yang akan dikaji diikuti selepasnya oleh fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.Bidang fonetik juga melibatkan kajian bagaimana bunyi bahasa itu didengar dan ditanggapi. Menurut Dr. Awang Had Salleh, pengkajian fonetik ini boleh juga dibahagikan kepada tiga bahagian besar iaitu:

a) Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi.
b) Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori.
c) Kajian dari segi bunyi atau fonetik akustik


Fonetik Artikulasi

Ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan, oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea, pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/atau rongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyi bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana kita boleh mengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.


2.0 Penghasilan Bunyi Bahasa

2.1 Sistem Penghasilan Bunyi

1) Paru-Paru (Lungs)

Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh diafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

2) Larings

Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya mengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara yang juga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara

3) Farings

Farings terletak atas daripada larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian bercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke rongga nasal (hidung). Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.

4) Rongga Oral (Mulut)

Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya untuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit. Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Ianya dikenali sebagai lelangit keras. Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Anak tekak juga terletak dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut.
Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah ditempat asal):

i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi.
ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras.
iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut.

5) Rongga Nasal (Hidung)

Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung,


definisi fonologi

Definisi Fonologi

Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
Bunyi Bahasa Melayu

Definisi Fonologi
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaituvokal, konsonan dan diftong.
Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.
Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.
Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.
Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.
Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.
Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.
Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.
Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik
Contoh perkataan
Nota
[a]
anak, tanah, lada
[è]
ela, semak, sate
[i]
iring, kita, seri
[]
emak, betul
Tidak terdapat di hujung perkataan
[o]
obor, botak, moto
[u]
ular, sultan, saku

Konsonan asli bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.
Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.
[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.
Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.
Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.
Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, dan adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Suku Kata
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.
Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. 
Beberapa jenis suku kata:
1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata
Contoh
KV
yu
VK
am
KKVK
draf, gred. brek
2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata
Contoh
V + KV
ibu, ela, era
V + VK
air, aib
V + KVK
adat, emas
VK + KV
anda, unta, angsa
VK + KVK
antah, untuk, ingkar,
KV + KVK
bukan, dekat
3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+V+KV
biasa, cuaca, suara
KV + V +KV
kaedah
V + KV + V
abai, usia
KV+KV+VK
maruah, peluang
KV+KVK+KVK
kelompok, kumandang
4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata
Contoh
KV+KV+KV+KV
panorama
KV+KV+KV+KVK
masyarakakat
KVK+KV+V+KV
sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

Definasi fonetik dan fonologi

Jenis ilmu fonetik, perbezaan fonetik dan fonologi

Jenis-jenis ilmu fonetik, perbezaan fonetik dan fonologi, dan penghasilan bunyi.

Soalan: Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu
Jawapan:
Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi.  Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu:
a)    Fonetik Akustik
b)    Fonetik Artikulasi
c)    Fonetik Auditori
a)Fonetik Akustik
Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)
“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”
Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan  makna “Ya” dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:
1. em yang menunjukkan makna “Ya”
Awak yang menghabiskan makanan itu?
em..
2. em yang menunjukkan makna “Tidak”
Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu?
emmmmm..
Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik seperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masing sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik.
b)Fonetik Artikulasi
Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi.
Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.
Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif.  Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras.
Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.
c)Fonetik Auditori
Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.
Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.

jadual kuliah minggu 4 TL10103 Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu

Jadual Kuliah Semester 2 (Sem 1 bagi PPG), Sesi 2010/2011
Program Pensiswazahan Guru (PPG), SPPS, UMS
F2F Fasa I, MINGGU 4

Kursus Nama Pensyarah Tarikh Masa Tempat
23 April 2011 9.00am - 12.00pm
2.00pm – 5.00pm

TU10103 Dasar, Polisi & Prinsip Pendidikan
Awal Kanak-Kanak
Kumpulan 1:
Pn Nancy Loo Kason

Kumpulan 2:
Pn. Dayang Mayang binti Awang Abas

24 April 2011 8.00am – 12.00pm
Kumpulan 1:
Dewan Kuliah Pusat 4, Universiti Malaysia
Sabah

Kumpulan 2:
Dewan Kuliah Pusat 5, Universiti Malaysia
Sabah

23 April 2011 9.00am - 12.00pm
2.00pm – 5.00pm
TL10103 Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu Prof. Madya Dr. Baharom Mohamad
24 April 2011 8.00am – 12.00pm
Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Malaysia
Sabah
(Hanya untuk pelajar pengkhususan Matematik)

23 April 2011 9.00am - 12.00pm
2.00pm – 5.00pm
TD10103 Latihan Dan Kecergasan En. Pathmanathan A/L K Suppiah
24 April 2011 8.00am – 12.00pm
Dewan Kuliah Pusat 8, Universiti Malaysia
Sabah
(Hanya untuk pelajar pengkhususan PJK)

jadual kuliah minggu 4

TL10103 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

NAMA KURSUS
:
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
(Malay Phonetics and Phonology)
KOD KURSUS
:
TL 10103
KREDIT
:
3
SLT
:
130  jam
PRASYARAT
:
Tiada
SEMESTER
:
Pertama/Kedua
HASIL PEMBELAJARAN
:
1.
Membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa Melayu (C4)
:
2.
Mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan dalam sistem sebutan dan intonasi (P7)
:
3.
Menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa baku (A3).
:
4.
Melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan ejaan dan sebutan (termasuk intonasi) sebagai asas tulisan dan sebutan bahasa sekolah (baku) kolaboratif (TS3)
SINOPSIS
:
Kursus ini memberi pendedahan dan pemahaman kepada pelajar tentang lambing-lambang fonetik sejagat dengan penekanan khusus terhadap bunyi-bunyi bahasa Melayu. Antara perkara-perkara yang dikaji adalah cabang-cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, fonem vocal dan konsonan serta cirri-cirinya, pengenalan terhadap fonologi generatif, dan setersunya kaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan sebutan baku dan sistem ejaan bahasa Melayu. Di samping pengetahuan tentang teori, pelajar juga akan dilatih mengaplikasikan fonetik bahasa Melayu secara praktik
KANDUNGAN
:
1.  Jenis Bunyi Dan Perlambangannya dalam Carta IPA
     Carta lambang konsonan Antarabangsa (IPA), Senarai bunyi 
     vokal asli bahasa Melayu. Senarai bunyi konsonan bahasa
     Melayu


2.  Fonetik Artikulasi (persepsi)
     Mekanisme edaran udara yang menghasilkan bunyi, Alat
     artikulasi, Fungsi alat artikulasi


3.  Penghasilan Bunyi Konsonan
     Ciri-ciri konsonan, bersuara (getaran), daerah sebutan, alat sebutan, halangan edaran udara, lambing konsonan, jadual konsonan, penghasilan (bunyi vocal, depan, belakang, tengah, ciri-ciri setiap vokal, lambang vokal dan transkripsi, jadual vokal Melayu.


4.  Koartikulasi, Penanda Suprasegmental Dan Transkripsi Fonetik.
     Pembibiran (labialisasi), penyengauan (nasalisasi), palatalisasi (lelangit keras, faringealisasi (rongga tekak), penanda suprasegmental (tekanan kepanjangan, jeda, tona, intonasi, transkripsi fonetik dan fonemik.


5.  Fonem Dan Alofon, Kaedah Mengenal Pasti Fonem, dan Sistem Fonologi Melayu
     Perbincangan tentang fonem dan alofon, pasangan minimal, bervariasi bebas, beralterasi bebas, saling melengkapi, kesamaan fonetis, fonem vokal dan konsonan rangkap dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain.



6.  Fitur-Fitur Distingtif
     Perbincangan akan tertumpu kepada konsep fitur-fitur distingtif dan tumpuannya kepada bahasa Melayu dan bahasa dunia lain.


7.  Intonasi, dan pola-pola intonasi.
     Perbincangan akan tertumpu kepada intonasi dan pola-pola intonasi dalam bahasa Melayu dan bahasa dunia lain.
     Kaedah mengajar intonasi dan (intonasi dalam wacana)


8.  Sistem ejaan Baharu dan Prinsip Perubahan Ejaan
     Lambang vokal, vokal rangkap (diftong), larasan vokal, konsonan, Konsonan rangkap, kata majmuk, kekecualian dalam ejaan.


9.  Sistem Ejaan Baharu dan Sebutan
     Pembentukan suku kata, jenis-jenis suku kata, struktur suku kata dalam perkataan, latihan tentang kesalahan ejaan dan rasionalnya, kaedah pembetulan, latihan tentang kesalahan sebutan, dan rasionalnya, kaedah pembetulan.




Jumlah
42
PENILAIAN
:
Kerja kursus:            60%
Peperiksaan:             40%

RUJUKAN
:
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007), Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu, KL:Aslita Sdn Bhd.


Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1995). Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994) Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan         Publication & Distribution Sdn. Bhd.


Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu. Pahang Darul Makmur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.


Abdullah Hassan. (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2005). Menghasilkan Bunyi Bahasa. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.


Asmah Ají Omar, (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.


Asmah Haji Omar, 1993. Susun Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada          Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Asraf Abdul Wahab. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik. Selangor Darul          Ehsan: Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya.


Asraf  Abdul Wahab, (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. KBSM. Percetakan      Jiwa Baru Sdn. Bhd. Selangor.


Chaer, D.A. (1994). Linguistik Umum. Jakarta: PT Rineka Cipta.


Abdul Chaer. (1994). Lingustik Umum. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.


Indirawati Haji Zahid & Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik Dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional & Distributors Sdn Bhd.


Ismail bin Dahaman, (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala    Lumpur.


John Lyons. 1993. Pengenalan Linguistik Teoretis. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.


Komaruddin Dra. Yooke Tjuparmah S. Komaruddin, (2000). Kamus Istilah: Karya Tulis Ilmiah.     PT Bumi Aksara: Jakarta.


Lyons, J.(1995). Pengantar Teori Linguistik. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.


Nderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi, KL:PTS Professional Publishing Sdn Bhd.


Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad, (2006). Bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar     Bakti  Sdn Bhd.


Nor Hasimah Jalaludin, (1998). Asas Fonetik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Nor Hashimah Jalaluddin, (2000). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Paitoon M. Chaiyanara. (2006). Pengenalan Fonetik dan Fonologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.


Raminah Hj. Sabran, (1989). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia; Untuk Pelatih Maktab       Perguruan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.


Samsuri, (1994). Analisis Bahasa; Memahami Bahasa Secara Ilmiah. Penerbit Erlangga, Yakarta.


Saussare, F.d. (1993). Pengantar Linguistik Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Serdang.


Soenjono Dardjowidjojo, 2007. Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur:            PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.


Suhendra Yusuf (1998). Fonetik dan Fonologi. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.


Sulaiman Masri M.A, (1988). Sebutan Baku; Panduan dan Senarai Perkataan. Syarikat S. Abdul            Majeed, Pulau Pinang.


Sulaiman Masri (1995). Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku: Edisi Kedua. Kuala Lumpur : DBP.


Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2002). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Kuala         Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Sulaiman Masri et al.,(2006). Bahasa Melayu; Dimensi pengajaran dan Pembelajaran. MAZIZA Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.


Yunus Maris (1966). Malay sound system, Shah Alam: Fajar Bakti



http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002