Pages

facebook

sign up

Your Name
Your Email Address
    

Friday 6 May 2011

kajian fonetik dan fonologi

1.0  PENGENALAN:

            Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza daripada individu dengan individu yang lain. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitarannya. Mereka  sering mempersoalkan tentang perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak contohnya, seorang bapa akan mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada anaknya yang kedua. Ini adalah di sebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun individu-individu itu adalah kembar seiras.

            Perkembangan bahasa pada manusia adalah perkembangan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur satu tahun dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah perkataan seperti “ma…ma” atau “pa…pa”. Dari keadaan tidak boleh bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, ternyata kakak-kanak ni telah mengalami perkembangan dari segi  bahasa dan pertuturan.








           

2.0       DEFINISI FONOLOGI 

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.  Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi  boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.  Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan.  Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan.  Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.  Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

    The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.

             Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “.   Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

       Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat.  Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.


3.0    DEFINISI FONETIK
         
         Fonetik  adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

        Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik  adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

        Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.



4.0       DEFINISI BAHASA

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi.

Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup.

Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.




4.1         BUNYI BAHASA


            Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

            Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.           
Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan.  Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi.   Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan.  Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.  Alat artikulasi  adalah alat-alat atau  organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
 
4.2         Alat-alat Pertuturan
1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok















Pita suara
 
Tenggorok
 
Epiglotis

 
Akar lidah
 
Rongga tekak
 
Belakang lidah
 
Anak tekak
 
Rongga mulut
 
Lelangit lembut

 
Tengah lidah
 
Rahang
 
Gigi bawah
 
Bibir bawah
 
Hadapan lidah
 
Hujung lidah
 
Gusi
 
Gigi atas
 
Lelangit keras
 
Bibir atas
 
Rongga Hidung

 











Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut :

4.3     Fungsi Alat Pertuturan

*           Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  
*           Gigi 
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 

*            Bibir 

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 
*            Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 
*            Lelangit 
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  
*            Rongga Hidung 
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

*           Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.



















5.0      KAJIAN KES     

BIODATA KANAK-KANAK
 
                              
          
            Nama                         :  Muhammad Naufal  Shauqi

            Tarikh lahir                :  15 April 2005

Umur                          :   2  Tahun 11 Bulan

           Jantina                        :   Lelaki

           Adik- beradik              :   2 Orang,  Anak Sulung

           Nama Bapa                :   Mohd Safian bin Ishak

           Pekerjaan Bapa        :   Guru

           Nama Ibu                   :   Naimah binti Ghazali

           Pekerjaan Ibu            :   Guru

            Hobi                            :   Menonton siri kartun dan berbasikal

           Sikap                           :   Berdikari dan aktif








5.1         LATAR BELAKANG


            Mohammad Naufal Shauqi dilahirkan pada jam 7.30 pagi, hari Jumaat, bertarikh 15 April 2005. Lebih mesra  dengan panggilan ”Naufal”. Dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Naufal merupakan anak sulung daripada dua beradik. Mempunyai seorang adik yang berumur 5 bulan yang bernama Muhammad Nasrullah. Ayahnya ialah Mohd Safian bin Ishak merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Merbok, Kedah manakala ibunya Naimah binti Ghazali juga seorang guru yang bertugas di Sekoah kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban.

            Muhammad Naufal Shauqi membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Sejak kecil beliau bertubuh sihat   dan aktif. Beliau sudah boleh berjalan ketika  berumur 9 bulan. Sejak kecil beliau seorang kanak-kanak yang bijak dan cepat belajar sesuatu perkara yang dilihat dan didengarnya. Ketika berumur 1 tahun, Naufal sudah boleh menyebut perkataan mudah seperti ”ma..ma” dan ”ba..ba” . Sejak itu banyak perkataan dan ayat yang diperkenalkan kepada Naufal. Walaupun baru berumur 2 tahun banyak perkataan dan ayat dapat disebut oleh Naufal dengan jelas. Ini kemungkinan disebabkan keluarga ini menggunakan bahasa baku ketika bercakap dengan Naufal walaupun dia masih kecil. Ibubapanya berpendapat seseorang kanak-kanak perlu dilatih dengan perkataan yang betul walaupun kanak-kanak itu tidak dapat menyebut dengan jelas.

            Naufal mudah untuk ditemubual  ketika saya menjalankan kajian kes kepadanya. Kepetahannya bercakap  dan keaktifannya memudahkan kajian ini berjalan dengan lancar. Secara kesimpulannya saya berpendapat seseorang kanak-kanak  perlu dilatih oleh ibubapa untuk berkomunikasi dengan betul dan perlu didedahkan dengan sesuatu yang baru supaya mereka tidak kekok untuk melakukan perkara yang belum di cuba.


5.2       BORANG KAJIAN KES

BIL
PERKARA
MINGGU
1
MINGGU 2
MINGGU
3
1
Memahami maksud perkataan 
2
3
4

2
Menyebut perkataan berdasarkan gambar
3
3
4
3
Mengajuk percakapan
3
4
4

4
Menyebut ayat mudah
2
2
3

5
Mengguna ayat tanya
1
2
2

6
Perkembangan menyanyi dan mengikut lagu dari muzik yang di dengar
1
2
3
7
Memahami arahan yang  diberi
2
3
4

8
Melaksanakan arahn yang di beri
3
3
4



Markah Penilaian

1          Kurang baik
2          Sederhana
3          Baik
4          Amat baik
5.3        SENARAI PERKATAAN YANG DISEBUT OLEH KANAK-
             KANAK ( DIRAKAM )


BIL.

  PERKATAAN YANG  
  TELAH DIRAKAM  

 PERKATAAN
 SEBENAR

  1.

   ula

    bola

  2.

   opi

    topi

  3.

   ule

    gula

 4.

   uah

    buah

5.

   udu

   sudu

6.

   pen

    pen

7.

  ucu

    buku

8.

   jam

    jam

9.

   uet

    duet

10.

   uci

    kunci

11.

   awan

    cawan

12.
 
   ula
   
    bola

  BIL.

Perkataan yang telah
dirakam

Perkataan sebenar

13.

    uyi

    lori

14.

    ucu

    susu

15.

   ucing

    kucing

16.

   uyung

    burung

 17.

   ayang-ayang

    layang-layang

 18.

   umah

    rumah

19.

   aju

    baju

20.

  ecar

    besar













5.4         PERKATAAN KANAK-KANAK, TRANSKRIPSI DAN   
              PERKATAAN SEBENAR.



Bil.

Perkataan  kanak-kanak

    Transkripsi

  Perkataan
  Sebenar

  1.

   ula

  [ ula ]

  bola

  2.

  opi

  [ כpi ]

  topi

  3.

  ule

  [ ulə ]

  gula

  4.

  uah

  [ uah ]

  buah

  5.

  udu

  [ udu ]

  sudu

  6.

 pen

  [ pεn ]

  pen

  7.

  ucu

  [ ucu ]

  buku

  8.

  jam

  [ jam ]

  jam
 
  9.

  uit

  [ uət ]

  duit

  10.

  uci

  [  uci ]

  kunci

  11.


Bil.

  awan


Perkataan kanak-kanak

  [ awan


 Transkriptif

  Cawan


Perkataan sebenar

  12.

  ula

 [ ula ]

  bola

  13.

  uyi

  [ uyi ]

  lori

 14.

  ucu

 [ ucu ]

  susu

  15.

  ucing

 [ uciŋ ]

  kucing

  16.

  uyung

 [ uyuŋ ]

  burung

  17.

  ayang-ayang

[ ayaŋ-ayaŋ ]

  layang-layang

  18.

  umah

 [ umah ]

  rumah

  19.

  aju

 [ aju ]

 baju

  20.

  ecar

[ əcar ]

 besar













5.5       SENARAI AYAT-AYAT YANG DIRAKAM.


Bil.

 Ayat yang disebut  oleh kanak-kanak

  1.

 Abah, Nafal nak akan !

  2.

 Mama, Nafal nak nenen !

  3.

 Abah, Nafal nak gi alan-alan !

  4.

 Mama, Nafal  nak  tido !

  5.

Mama, nak ai klim !
















  Bil.

     Ayat  yang  
    disebut oleh   
  kanak-    kanak

    Transkripsi

Ayat  Sebenar

1.

Abah, Nafal nak akan!


 [ Abah, Nafal  hənda? makan ! ]

 Abah,  Naufal  
 hendak makan !

2.

Mama, nak ucu !

[ Mama, na? ucu ! ]

Mama, hendak susu !

3.

Abah, Nafal nak gi ala-ala !

[ Abah, Nafal na? gi ala-ala ! ]

Abah, Naufal hendak pergi jalan-jalan !

4.

Ibu, Nafal nak idur !

[ Ibu, Nafal na? idur ! ]

Ibu, Naufal hendak
tidur !

5.

Mama, nak ai klim

[ Mama, na? ai klim ! ]

Mama, nak aiskrim









5.6      RUMUSAN KAJIAN KES

Setelah selesai menjalankan kajian kes terhadap Muhammad Naufal Shauqi, saya mendapati dia seorang kanak-kanak yang cerdik dan mudah didekati. Pada hari pertama saya memulakan kajian ini, dia sangat aktif melakukan aktiviti hariannya seperti menunggang basikal, berlari-lari, melompat-lompat dan bermain dengan barang mainannya. Naufal agak pelik apabila dirinya dirakam apatah lagi oleh bapanya sendiri. Walaupun kajian ini adalah sesuatu yang baru baginya, dia tetap dengan persepsi dirinya.

            Dalam masa seminggu kajian kes ini dilakukan terhadapnya, perubahan dari hari ke hari dapat dilihat dan saya mendapat banyak maklumat baru yang perlu untuk saya dedahkan kepadanya contohnya sebelum ini saya hanya berkomunikasi secara tidak langsung dengannya dan hanya memberi tunjuk ajar perkara yang sering dilakukan oleh seorang ibubapa yang menjaga dan mendidik anak-anak  untuk membesar tanpa mendedahkan mereka kepada pendidikan dan pengetahuan secara formal mengikut tahap pertumbuhan dan perkembangan  seorang kanak-kanak. 

Setelah saya menjalankan kajian ini saya mendapati bahawa ibubapa boleh mengenal anak-anak mereka dengan lebih dekat jika kajian kes seperti ini dilakukan terhadap anak-anak mereka. Ini memudahkan ibubapa melihat perkembangan dan pertumbuhan anak-anak  pada tahap mana dan barulah ibubapa mudah untuk menyesuaikan sesuatu pendedahan dan pendidikan yang sesuai mengikut tahap dan kebolehan seorang kanak-kanak itu.
           


Bagi Muhammad Naufal kajian ini berjalan dengan lancar dan setiap pendedahan dan perkara yang didedahkan kepadanya terdapat


peningkatan. Dia mampu menyebut hampir >1000 patah perkataan dan mampu untuk membina ayat berbanding dengan umurnya. Dia mampu mencipta cerita berdasarkan kejadian yang dilihat dan didengarinya.

Perkara yang paling menarik semasa kajian kes ini dijalankan, naufal mampu untuk menyanyikan lagu dari nyanyian ”Apek” yang bertajuk Aspalela. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun lebih, ini pasti amat membanggakan ibubapa apabila kanak-kanak yang sekecil ini petah berkata-kata tanpa segan silu dan bagi saya ini juga merupakan pendedahan bagi seseorang kanak-kanak untuk bertutur dan berkata-kata.

Sesuatu yang menarik perhatian saya ketika kajian ini dilakukan ketika memerhati naufal bermain dengan barang mainannya. Naufal dapat bermain mainannya dengan imaginasi yang tinggi seperti ketika memegang patung ultraman dia menggunakan imaginasi dan suaranya dengan menerbangkan patung ultraman sambil suaranya berdesing ketika berlawan dengan raksaksa. Berkemungkinan Naufal sering menonton rancangan ultraman. Begitu juga ketika bermain kereta mainan. Aksi menghidupkan enjin, berlanggar dan memandu laju dipenuhi dengan aksi dan bunyi yang menarik dan mengasyikkan bagi sesiapa yang melihatnya seperti bunyi ”bummm” ketika kereta berlanggar.


6.0       BUNYI VOKAL
                      
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.  Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan  dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas  dan lebih panjang  daripada bunyi-bunyi konsonan.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u }  dan  dua  vokal  yang   terdapat  dalam  kebanyakan dialek  { ε,dan כ }.  Terdapat  empat vokal  depan,  iaitu [ i ] , [ e ],  [ε ], dan [ a ], satu vokal tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [ כ ] .

Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan.   Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan.

           Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah.  Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah.  Garis-garis melintang menunjukkan ketinggian lidah.  Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan.  Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.  Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.



           Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :

      
       Nama Vokal
    
  Lambang

Contoh (awal ,tengah, akhir kata )
 Vokal  depan sempit
    [ i  ]
Ikan, bila, kail
 Vokal depan separuh
 sempit  ( e taling )
    [ e ]
Ekor, boleh, taugeh.
Vokal depan separuh luas
    [ ε ]
εlok, tεlor
Vokal  depan  luas
    [ a ]
anak, masa, lima
Vokal tengah ( e pepet )
    [ ə ]
əmak,  bətul
Vokal belakang sempit
    [ u ]
Udang, butang, lalu
Vokal belakang  separuh
sempit
    [ o ]
otak, bosan, logo
Vokal belakang separuh luas
    [ כ ]
כrang, bכleh.

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
Carta Vokal

Secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa bunyi-bunyi bahasa Melayu bolehlah dikelaskan kepada tiga golongan iaitu :
           
i.              Vokal                       
ii.            Konsonan  
iii.           Diftong


7.1       BUNYI KONSONAN.

            Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi – bunyi ini akan menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bukan semua bunyi – bunyi konsonan bersuara kerana ada bunyi – bunyi konsonan yang tidak bersuara. Konsonan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya adalah :-

7.1.1   Konsonan Letupan
Konsonan letupan adalah konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Contoh konsonan letupan adalah seperti konsonan (p) dan (b) : jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi (p).

7.1.2   Konsonan Geseran
Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara di renggangkan, arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi  ( s ).

7.1.3   Konsonan Getaran
Konsenan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r ).

7.1.4   Konsonan Sisian
Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l )

7.1.5   Konsonan Sengauan ( nasal )
Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa melayu.  Perbezaan yang berlaku pada keempat – empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat  yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya adalah :-
(m) – dua bibir dirapatkan . Bunyi  yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara (m).
(n) – hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara.
(n) – tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara. (n)
(n) – belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara (g).






8.0       BUNYI DIFTONG

Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.  Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua.  Manakala dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au, oi, ai ) seperti yang digambarkan dengan gambarajah di bawah :-


 










PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG

Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan ( i ). Contoh [pakai].

Diftong yang kedua pula ialah [ai]. Pada ketika ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u];


bibir yang mula-mula  dihamparkan, kemudiaannya dibundarkan pula. Contoh [pulau].

Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula – mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. Contoh [amboi].     


















RUJUKAN


  1. Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc Sdn. Bhd.

  1. Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi.” Selangor:  Synergymate Sdn. Bhd

  1. Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-Hill Sdn Bhd.

  1. Nik Safiah Karim dan Farid M. Onn. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dawarna Sdn Bhd.

  1. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar Linguistik Am. Karyanet.

  1. www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp://www.karyanet.com.my

  1. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

  1. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

  1. http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

  1. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA


LAMPIRAN (CD)

download full fail in word format


No comments:

Post a Comment