Pages

facebook

sign up

Your Name
Your Email Address
    

Monday 9 May 2011

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 
1. konsonan asli 
2. konsonan pinjaman 

KONSONAN ASLI


Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut:

1.  Letupan  :       p, b,  t, d, k, g 
2.  Letusan  :       c,  j 
3.  Geseran :        s,  h
4.  Getaran  :       r 
5.  Sisian  :          l 
6.  Sengauan:      m, n, ny,  ng 
7.  Separuh vokal  : w, y,


Cara penghasilan bunyi konsonan asli 

Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b]
Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dariparu-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itudilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,  bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].            

 Letupan Gusi [t] [d] 
Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].


 Letupan Lelangit Lembut [k] [g] 
Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan  bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara.

Konsonan Geseran:

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]
Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan 
untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung.  Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser
dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi.  Oleh sebab bunyi
ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara
tidak bergetar.

 

Geseran Glotis [h]
Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung.  Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.

Konsonan Letusan:

Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]
 
Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding  belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi.  dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara  [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan.    Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.

Konsonan Getaran:

Getaran Gusi [ r ]
 
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah  tersebut digetarkan .   Lelangit lembut dinaikkan   ke  belakang rongga tekak.  Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.
Konsonan Sisian:

Sisian Gusi [ l ]
 
Untuk menghasilkan konsonan ini,  hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi.   Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti  Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah.

Konsonan Sengauan:
Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan  dan pita suara mengalami getaran.

Konsonan  Sengauan Dua Bibir [m]
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan  Senjgauan Gusi [n]
Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]
Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]
Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Sengauan  Gusi – Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. .   Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Konsonan Separuh Vokal:
Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan  semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit  sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain.
Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya.

Separuh Vokal Dua Bibir [w]
Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
Separuh Vokal Lelangit Keras [y]
Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan  hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

KONSONAN PINJAMAN
Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v]
Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi  tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan  bunyi yang terhasl ialah [f]  dan bagi menghasilkan geseran  bibir  bersuara pula,glotis dirapatkan,  pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v].

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]
Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru  dibiarkan bergeser di daerah  gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah  bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis  dirapatkan dan pita suara  bergetar bunyi yang terhasil ialah  bunyi geseran bersuara,[dh].
Konsonan Geseran Bersuara [z]
Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara  dari paru-paru keluar  melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis  dirapatkan dan pita suara  bergetar bunyi yang terhasil ialah  bunyi konsonan geseran bersuara,[z].

Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
Hadapan lidah dinaikkan ke arah  gusi lelangit keras  untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis  direnggangkan pita suara  tidak digetarkan  dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.

No comments:

Post a Comment