Masyarakat Malaysia mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan masyarakat Malaysia menunjukkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budaya dapat menjelaskan budaya sesuatu masyarakat. Terdapat beberapa ciri budaya masyarakat seperti bersifat dinamik, menerima dan menolak unsur tertentu, diwarisi dan berkesinambungan.
(i) Bersifat dinamik
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan.
(ii) Menerima dan menolak unsur tertentu
Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama.
(iii) Diwarisi
Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Al-Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada erbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.
(iv) Proses Kesinambungan
Setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses kesinambungan, sama Kebudayaan mengalami proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta pelbagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan dalam beberapa aspek tertentu.
No comments:
Post a Comment