Pages

facebook

sign up

Your Name
Your Email Address
    

Saturday, 30 May 2020

Implikasi Hukuman Jenayah Zina Menurut Islam untuk Memelihara Kesucian Keturunan dalam Sistem Masyarakat di Malaysia

Mardzelah Makhsin (2003) mentakrifkan zina sebagai suatu aktiviti persetubuhan yang tidak sah antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Perbuatan zina ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah manusia kerana perbuatan tersebut telah bermula sejak zaman (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et al., 2001). Dalam konteks era modenisasi kini, perbuatan zina kian berleluasa dalam kalangan generasi muda. Perkara tersebut dapat dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan bahawa bilangan remaja yang terlibat dalam aktiviti zina kian meningkat. Berdasarkan data statistik yang diperoleh daripada kajian tersebut, kadar perzinaan dalam kalangan remaja di negara ini meningkat daripada 0.9 peratus pada tahun 1994 kepada 8.3 peratus pada tahun 2012. Implikasi daripada perbuatan zina tersebut telah menyebabkan pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini. Mohamad Razif Mohamad Fuad (2017) menyatakan bahawa perbuatan zina merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah seseorang dan membawa kepada pelbagai lagi gejala sosial yang buruk. Oleh yang demikian, agama Islam meletakkan zina sebagai perbuatan yang keji dan buruk seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat ke-32.

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk”. (Surah al-Isra’, ayat 32).

            Menurut Abu Mazaya Al-Hafiz dan Abu Izzat Al-Sahafi (2004) menyatakan bahawa pesalah zina dapat diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu zina muhsan dan zina bukan muhsan seperti mana yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Zina mushan merujuk kepada pesalah zina sama ada lelaki atau wanita yang telah berkahwin tetapi  melakukan persetubuhan dengan individu yang haram baginya. Undang-undang Islam telah menetapkan bahawa hukuman bagi pesalah zina yang tergolong dalam kelompok zina mushan ialah direjam dengan menggunakan batu sehingga meninggal dunia. Perkara ini dapat pendapat para ulama yang telah menetapkan hukuman tersebut berdasarakn sabda Rasulullah SAW seperti yang berikut:

 
  Tidak halal darah seseorang muslim melainkan dengan salah satu dari tiga kesalahan. Orang yang telah berkahwin melakukan perzinaan, nyawa dibalas dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya dan berpisah dari jemaah”. 



           Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Safaee Zakaria dan Mohd Zin Dalid (2007), zina bukan muhsan merujuk kepada pesalah zina yang belum berkahwin akan tetapi telah melakukan persetubuhan tanpa berkahwin dengan sah. Hukuman yang telah ditetapkan bagi penzina muhsan berlandaskan undang-undang Islam ialah sebatan sebanyak seratus kali. Hal ini dapat dilihat menerusi firman Allah SWT dalam surah Aan-Nur ayat ke-2.

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jikalau benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan manusia yang beriman". (Surah an-Nur, ayat 2)

            Mentaliti masyarakat kini yang bersifat liberal telah menyebabkan hukum jenayah zina berdasarkan undang-undang Islam tidak dapat dipraktikan. Kebanyakan masyarakat di negara ini berpendapat bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut tidak relevan dalam pada masa ini. Mereka beranggapan bahawa hukuman tersebut tidak mementingkan aspek  peri kemanusiaan. Sekiranya diteliti secara lebih mendalam, hukuman jenayah zina yang telah diwahyukan oleh Allah SWT tersebut dilihat mampu memelihara kesucian keturunan dalam sistem masyarakat di Malaysia atas beberapa sebab. Perkara tersebut dapat dibuktikan menerusi beberapa kajian dalam pelbagai bidang khususnya bidang sains bahawa hukuman jenayah zina berdasarkan undang-undang Islam dapat menjamin kesejahteraan ummah atas beberapa faktor.

Jamnul Azhar Mulkan (2001) menyatakan bahawa hukuman jenayah zina berlandaskan undang-undang Islam dapat mengelakkan daripada merebaknya penyakit yang berkaitan dengan aktiviti seks. Individu yang melakukan zina mempunyai risiko untuk menghidap penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit (AIDS) menerusi air mani dan cecair faraj. Untuk mengelakkan individu yang melakukan perbuatan zina tersebut menghidap penyakit AIDS, sebatan pada bahagian belakang tulang belakang individu tersebut merupakan cara yang terbaik. Hal ini demikian kerana, sebatan tersebut akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 limfosit yang baharu untuk melawan virus yang membawa AIDS. Namun demikian, kadar penghasilan sel-sel T4 limfosit bagi individu yang telah berkahwin adalah lemah. Kelemahan tersebut disebabkan oleh sum-sum tulang mereka kurang menghasilkan antibodi T4 limfosit kerana fungsinya lebih tertumpu pada proses penghasilan sperma baharu. Fenomena tersebut menyebabkan pesalah zina yang telah berkahwin tidak dapat diselamatkan daripada menghidap penyakit AIDS. Berdasarkan pernyataan tersebut, hukuman yang terbaik bagi mengelakkan wabak AIDS tersebut menular dalam kalangan masyarakat di negara ini ialah hukuman rejam sehingga mati. Konklusinya, pelaksanaan hukum jenayah zina menurut undang-undang Islam dapat mengelakkan daripada berlakunya penularan penyakit kelamin yang mampu merosakkan masyarakat.

Pelaksanaan hukuman jenayah zina berlandaskan undang-undang Islam dapat memelihara keturunan yang suci dalam sistem masyarakat kerana hukuman tersebut menjaga kehormatan kaum wanita. Sebelum wujudnya undang-undang Islam yakni ketika zaman jahiliyah, kaum wanita diperlakukan seperti golongan hamba yang bertujuan untuk memuaskan syahwat kaum lelaki (Nik Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 2001). Keadaan tersebut sudah tentu menyebabkan berleluasanya kelahiran anak luar nikah yang mengakibatkan kesucian keturunan terjejas kerana nasabnya tidak jelas. Dengan wujudnya hukum jenayah zina dalam Islam, martabat kaum wanita telah diangkat kerana hukuman yang diperuntukkan terhadap pezina adalah ketat. Dalam hal ini, larangan terhadap perbuatan zina merupakan salah satu bentuk penghormatan kepada kaum wanita. Seandainya maruah kaum wanita dihormati, secara tidak langsung keturunan yang bersih dapat dipelihara pada masa yang sama kadar kelahiran anak luas nikah dapat dikurangkan. Deduksinya, hukuman jenayah zina berlandaskan undang-undang Islam dapat dapat memelihara keturunan yang suci dalam sistem masyarakat di Malaysia kerana hukuman tersebut menjaga kehormatan kaum wanita.

Menerusi pelaksanaan hukuman jenayah zina menurut undang-undang Islam, perkahwinan sesama nasab. Dengan melaksanakan hukum jenayah zina berpandukan undang-undang Islam, kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang bahayanya zina dapat ditingkatkan. Sekiranya hukum jenayah zina berlandaskan undang-undang Islam tidak dilaksanakan, anggota masyarakat terutamanya generasi muda akan lebih berani untuk melakukan perbuatan zina disebabkan oleh tidak terdapat pelaksanaan undang-undang yang ketat. Menurut Madzelah Makhsin (2003), perbuatan zina akan menyebabkan pasangan yang terlibat dalam aktiviti perzinaan membuang anak yang terhasil daripada persetubuhan haram tersebut. Hal ini demikian kerana, pasangan tersebut tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa selain daripada bertujuan untuk menutup perbuatan keji mereka. Perkara tersebut sudah tentu menyebabkan anak yang dilahirkan tidak mempunyai nasab yang jelas. Sekiranya anak tersebut dewasa, berkemungkinan anak tersebut berkahwinan dengan individu yang haram dikahwini olehnya seperti adik-beradik dan sebagainya kerana nasabnya yang tidak jelas. Perkara tersebut sudah tentu menyebabkan kesucian institusi perkahwinan terjejas. Intihanya, pelaksanaan hukum jenayah zina berdasarkan undang-undang Islam dapat memelihara kesucian ikatan perkahwinan kerana mengelakkan daripada berlakunya perkahwinan sesama nasab.

Secara holistik, pelaksanaan hukum jenayah zina bertunjangkan undang-undang Islam dapat memelihara keturunan yang bersih dalam sistem masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, hukum jenayah zina tersebut dapat mengelakkan daripada merebaknya penyakit yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat. Hukum jenayah zina juga menghormati kaum martabat wanita sebagai individu yang melahirkan zuriat yang suci dan mengelakkan berlakunya perkahwinan sesama nasab. Dalam konteks hidup bermasyarakat, rakyat Malaysia seharusnya bekerjasama bagi membendung gejala zina yang kian berleluasa pada masa ini untuk menjaga keturunan. Hal ini demikian kerana, perbuatan zina merosakkan keturunan menerusi kelahiran anak luar nikah. Oleh itu, hukum jenayah zina bertunjangkan undang-undang Islam seharusnya dilaksanakan bagi mengatasi masalah zina terutamanya dalam kalangan remaja.

No comments:

Post a Comment