Pages

facebook

sign up

Your Name
Your Email Address
    

Saturday, 30 May 2020

Konsep Syarahan

Berdasarkan pendefinisian yang diberikan oleh Kamus Dewan (2013), syarahan dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti komunikasi secara sehala yang disampaikan dalam bentuk ucapan kepada sekelompok pendengar atau audiens. Penyampaian syarahan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan untuk mempengaruhi pendengar supaya bersetuju dengan apa yang ingin disampaikan. Syarahan seperti ceramah melibatkan penyampaian buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan. Oleh yang demikian, kandungan isi syarahan hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan.
            Menerusi penyampaian syarahan, audiens boleh  mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik atau penting untuk diketahui (Muhammad Syamil, 2016). Dalam hal ini, gaya penyampaian syarahan mestilah lancar dan disampaikan dengan nada yang beralun iaitu nada tinggi untuk menegaskan pendapat, nada perlahan untuk merayu atau meminta simpati, nada sederhana untuk memujuk dan nada tinggi untuk membakar emosi dan semangat pendengar. Intihanya, aktiviti syarahan dapat mempengaruhi pendengar atau audiens supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh seseorang pengucap.

No comments:

Post a Comment