Pages

facebook

sign up

Your Name
Your Email Address
    

Saturday 30 May 2020

Fonetik, Jenis Fonetik, Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik

Fonetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Linguistik
Linguistik teori
Fonetik
Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Semantik leksikal
Semantik statistik
Semantik struktur
Semantik prototaip
Stilistik
Preskripsi
Pragmatik
Linguistik gunaan
Pemerolehan bahasa
Psikolinguistik
Sosiolinguistik
Linguistik generatif
Linguistik kognitif
Linguistik pengiraan
Linguistik perihalan
Linguistik sejarah
Linguistik perbandingan
Etimologi
Sejarah linguistik
Senarai ahli linguistik
Masalah yang belum diatasi
Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.
Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini.

Jenis fonetik[sunting | sunting sumber]

Phonetik mempunyai tiga cabang utama:

Fonologi (daripada Bahasa Yunaniφωνήphōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.
Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan buni bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.
Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata.[1] Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa ( melayu ).

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.[1] Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani Purba σημαντικός "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".
Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantik" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

No comments:

Post a Comment